Sangat menakjubkan.
Permainan kehidupan ini. Adakala kita berada di pihak yang benar .. adakala kita berada di pihak yang salah. Adakala kita cuba menjadi pelindung .. dan adakala kita merasa ingin dilindungi .. Yang pasti, kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak .. termasuk diri kita sendiri dan yang pasti setiap perlakuan dan keputusan yang kita ambil akan melukakan satu atau lebih dua pihak ....
Corat-coret permainan kehidupan akhir-akhir ini yang ku terceburkan diri, akhirnya menyedarkan aku .. betapa aku tidak cocok memegang peranan dalam sayembara sketsa dan drama cacasarbuana.
Cuba pada ketelusan .. dilampiaskan dengan kekalutan. Cuba dibawa kejujuran .. namun disambut dengan cabang-berkarut. Dikatakan ini dugaan,bukan sahaja untuk aku tapi juga untuk mereka yang terpalit dalam kemelut yang seperti tiada penghujungnya ini ...
Untuk apa dugaan ini .... untuk difikirkankah? untuk diselesaikankah? untuk ditinggalkankah? untuk dilupakankah? ... apakah tiada pengajarannya? ... ada yang berkata .. jangan ambil peduli .. biarkan kabut itu berlalu pergi .. jangan terperangkap di dalam nya .. kerana tiada cahaya di dalam nya .. benarkah ??? ada yang kata biarkan kabut itu dengan cara tersendiri .. masih boleh hampiri .. tapi hanya di tepian sisi .. Apa ini?
Aku benarkan kata sahabat ku Fawsal, sahabat ku Fawsal, sahabat ku Fawsal...
Sinar yang paling bercahaya .. terpantul .. dari kaca yang dijernihkan oleh NYA .. benar .. kita dituntut menghindari sesuatu yang kita tahu membawa bahaya .. namun sekiranya terpaksa, layarilah ia dengan redha .. apa yang telah diperkatakan .. apa yang telah disayembarakan .. redha akan dia .. kerana .. ianya berlaku dengan izinNYA jua ..
Aku yakin dengan kabut itu, aku tidak akan lari dari kabut itu dan aku ingin melihat kabut itu bertukar menjadi tenaga sinar yang cahayanya .. yang melebihi mentari pagi .. bersinar dari ufuk ke ufuk .. kerana aku yakin pada Kuasa-NYA .. kerana hidayah datang dari NYA .. dan apabila Ia ingin menghadiahkan keistimewaan kepada mereka yang dipilih NYA .. ia pasti berlaku .. dan aku doa-doakan agar sang kabut-kabutan .. akan berusaha dan membenarkan sirna NUR itu meresap di dalam jiwa mereka .. kerana kuncinya .. di dalam hati mereka sendiri ..
Aku hanya mampu menadahkan tangan mendoakan .. pelayaran sang kabut-kabutan akan berakhir dengan cahaya nurani yang tinggi .. insyaALLAAH ... semoga sang kabut-kabutan .. memaafkan daku jua ..
Monday, November 02, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment